Error
  • JFolder: :files: Path is not a folder. Path: /home/pdsschoo/public_html/news/images/mediagallery/2016bukusedunia/
Notice
  • There was a problem rendering your image gallery. Please make sure that the folder you are using in the Simple Image Gallery plugin tags exists and contains valid image files.
Monday, 02 May 2016 09:31

Hari Terbuka Perpustakaan Sempena Hari Buku Sedunia 2016

Seramai lima orang pelajar dari Sekolah Seri Mulia Sarjana telah dijemput untuk menghadiri ke acara Hari Terbuka Perpustakaan Sempena Hari Buku Sedunia 2016 di Dewan Bahasa dan Pustaka, Sengkurong.

Pelajar-pelajar tersebut ialah Muhammad Aqif Hamizan bin Mohamad Rudishah, Muhammad Faiq Danish Bin Haji Hanif, Muhammad Najibillah Bin Ahmad Azami, Siti Syahirah Binti Haji Surfian dan Nur Aina Batrisyia Binti Muhammad Kahirul Azman, kesemuanya pelajar-pelajar Tahun 5D.

Acara pada pagi itu dimulakan dengan taklimat dan pengenalan mengenai sejarah tertubuhnya perpustakaan tersebut yang disampaikan oleh Muhd. Hishamuddin bin Haji Latif. Acara kemudiannya diikuti dengan lawatan ke bilik-bilik perpustakaan tersebut seperti Ruang Muda-Mudi, Ruang Bahan Sekolah, Ruang Penyumbang dan Ruang Dewasa.

Bagi menyemarakkan lagi acara pagi itu, Dewan Bahasa dan Pustaka mengadakan beberapa aktiviti menarik seperti aktiviti mewarna bagi pelajar yang berumur 8 hingga 10 tahun dan aktiviti mari bercerita untuk pelajar yang berumur 11hingga 12 tahun. Seramai dua orang pelajar dari Sekolah Seri Mulia Sarjana telah ikut serta dalam aktiviti mari bercerita. Susulan dari aktiviti tersebut, Muhammad Faiq Danish Bin Haji Hanif telah meraih tempat ketiga manakala Muhammad Aqif Hamizan bin Mohamad Rudishah telah mendapat tempat keempat. Hadiah disampaikan oleh Puan Hajah Isisah binti Haji Sulaiman, Pegawai Perpustakaan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Sengkurong.

{gallery}mediagallery/2016bukusedunia{/gallery}