Wednesday, 04 May 2016 20:12

Pertandingan Tarian Asli Antara Sekolah-Sekolah Rendah Senegara Kali Ke-40

Pada 11 April 2016, seramai 16 orang peserta yang terdiri daripada murid-murid Tahun 4 dan Tahun 5 dari Sekolah Seri Mulia Sarjana, Jangsak telah terpilih menyertai Pertandingan Tarian Asli Antara Sekolah-Sekolah Rendah Senegara kali ke-40 yang dianjurkan oleh Jabatan Pendiddikan Kokurikulum, Kementerian Pendidikan.

Pertandingan peringkat saringan telah berlangsung di Dewan Silaturrahim, Pusat Belia di Bandar Seri Begawan.

Sebelum pertandingan, dua orang wakil guru pembimbing, Nur Nasyitah Binti Haji Bakar dan Dewi Yulianti Binti Husein Jaelani telah menghadiri bengkel dan taklimat mengenai tarian asli. Tarian Alus Jua Dendang yang dibawakan oleh kumpulan tarian Sekolah Seri Mulia Sarjana telah mendapat tempat ke-5 daripada 10 buah sekolah yang ikut bertanding dengan memperoleh markah sebanyak 72%. Walaubagaimanapun, hanya empat buah sekolah mara ke peringkat seterusnya.