Error
  • JFolder: :files: Path is not a folder. Path: /home/pdsschoo/public_html/news/images/mediagallery/2016isra/
Notice
  • There was a problem rendering your image gallery. Please make sure that the folder you are using in the Simple Image Gallery plugin tags exists and contains valid image files.
Monday, 16 May 2016 19:26

Sambutan Isra’mikraj 1437 Hijrah / 2016 Masehi

Sambutan Isra’ Mikraj merupakan salah satu acara keugamaan yang dikendalikan oleh Jabatan Pengetahuan Ugama Islam dan Kelab CCA Islamik. Acara ini diadakan di Sekolah Menengah Seri Mulia Sarjana pada 7 hb. Mei 2016 bersamaan 29 hb. Rejab 1437 Hijrah.

Matlamat acara ini adalah memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar tentang sirah Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam. Para pelajar dan warga sekolah dapat menghayati perjalanan Rasulullah yang berlaku dalam satu malam yang penuh dengan iktibar dan pengajaran yang berguna dalam kehidupan seharian dan dapat mensyukuri kebesaran dan keagungan serta kemuliaan bulan Rejab.Sambutan Isra’ Mikraj dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah oleh Mohd.Ali Asyraf, pelajar tahun 11B. Seterusnya, Cikgu Haji Kamal bin Haji Abu Hassan, Ketua Guru Ugama menberikan ucapan yang menyentuh tentang kepentingan ibadah solah dalam peristiwa Isra’ Mikraj dan seterusnya mengucapkan penghargaan kepada Cikgu Gazala Abdullah selaku tetamu kehormat.

{gallery}mediagallery/2016isra{/gallery}

Bacaan ayat-ayat suci Al Quran dari surah Al-Isra ayat satu hingga ayat lima oleh Nur Fatin Syazwani bte Hj Alidi, Pelajar Tahun 10D, manakala terjemahan ayat pula disampaikan oleh Dk.Siti Nur Alya bte Pg. Hj. Md.Iskandar Shah, Pelajar Tahun 10D.Ceramah khas Peristiwa Isra’ Mikraj disampaikan oleh Presiden Kelab CCA Islamik, Amir Zakwan bin Bungsu dari Pelajar Tahun 9B yang antara lain menyentuh tentang perjalanan Isra’ Mikraj yang mempunyai banyak pengajaran dan iktibar, terutama sekali keistimewaan dan fadilat ibadah sembahyang. Acara diselajurkan dengan penyampaian sijil bagi pelajar cemerlang 2015 bagi pelajar-pelajar Tahun 9 dan 10 dan pemenang peraduan tulisan jawi dan penanda buku. Mengakhiri majlis ialah syarahan ‘Detik-Detik Kewafatan Rasululllah’, persembahan Tausyeh dan doa selamat. Pameran Tulisan Jawi dan penanda buku dan “Little Arabia” juga diadakan bersempenakan Sambutan Isra’ Mikraj pada tahun ini.