Error
  • JFolder: :files: Path is not a folder. Path: /home/pdsschoo/public_html/news/images/mediagallery/20163rdpre/
Notice
  • There was a problem rendering your image gallery. Please make sure that the folder you are using in the Simple Image Gallery plugin tags exists and contains valid image files.
Friday, 19 August 2016 19:51

SMSS Meraikan Aidilfitri bertemakan Bruneiana

Walaupun bulan Syawal menuju ke penghujungnya namun kemeriahan Hari Raya Aidilfitri masih lagi terasa dikalangan warga sekolah, khususnya Sekolah Seri Mulia Sarjana, Jangsak.

Sekolah ini berkesempatan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan bertemakan ‘Bruneiana’ yang menampilkan beberapa persembahan di kalangan penuntut dan guru-guru, pertandingan pakaian beragam dan pameran-pameran mengenai pakaian tradisi puak-puak Brunei, makanan tradisi Brunei seperti ambuyat, buah-buahan tempatan dan kuih-muih tradisi Brunei. Turut dipamerkan ialah permainan tradisi Brunei yang dimainkan oleh masyarakat Brunei dulu seperti Sugang, Kuit, Surup-Surupan, Simban, Congkak dan sebagainya.

{gallery}mediagallery/20163rdpre{/gallery}

Turut hadir bagi memeriahkan majlis tersebut ialah Dr.Mary Lim, Pengarah Urusan Sekolah Seri Mulia Sarjana dan ahli-ahli lembaga sekolah. Sambutan ini jelas membuktikan bahawa objektifnya bukan sahaja untuk mengeratkan silaturahim di kalangan warga sekolah malahan juga memperkenalkan dan memberi pendedahan kepada generasi kini terutama kepada para pelajar tentang tradisi pada masa dulu yang kini hampir dilupakan dan luput ditelan zaman.