Saturday, 26 August 2017 09:42

Naib Johan Pertandingan Pidato Kebangsaan 2017 Peringkat Sekolah Rendah

Kepetahan dan keberanian Dayangku Damia Bazla Binti Pengiran Mohd Faisal dari Tahun 5G bila berbicara dan melontarkan pandangan serta buah fikiran di khalayak ramai terbukti apabila dia berjaya merangkul tempat kedua dalam Pertandingan Pidato Kebangsaan 2017 Peringkat Sekolah Rendah anjuran Jabatan Pendidikan Kokurikulum, Kementerian Pendidikan melalui Unit Akli dengan kerjasama Darussalam Holdings.

Pertandingan akhir ini telah diadakan di Dewan Raya Radio Televisyen Brunei, Bandar Seri Begawan pada 23 Ogos 2017. Dalam pertandingan akhir tersebut, Dayangku Damia hanya dipisahkan dengan satu mata daripada pemenang tempat pertama dan menerima hadiah berupa wang tunai $75, sebuah piala serta sijil penyertaan. Dayangku Damia telah dibimbing oleh Siti Sahirah Binti Jamil sejak pertengahan bulan Julai yang mana peringkat saringan telah diadakan pada 7 Ogos 2017. Pertandingan pidato ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan keyakinan diri para pelajar untuk berucap dan mengekspresikan pemikiran dan pendapat mereka di khalayak ramai disamping untuk memantapkan penguasaan dan kemahiran berbahasa dalam Bahasa Melayu Baku.