Wednesday, 25 October 2017 11:51

Pertandingan Deklamasi Sajak Meriahkan Sambutan Jubli Emas

Peserta Sekolah Seri Mulia Sarjana Jangsak peringkat rendah telah berjaya menggondol tempat kedua dalam Pertandingan Deklamasi Sajak 2017 anjuran Jabatan Pendidikan Kokurikulum, Kementerian Pendidikan, melalui Unit Akli.

Pertandingan deklamasi sajak ini diungkayahkan bagi sama-sama memeriahkan Sambutan Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam menaiki takhta dan telah berlangsung di Pentas Perayaan Jubli Emas pada 4 Oktober 2017 yang lalu. Peserta sekolah yang terdiri daripada Awangku Muhammed Isa Daniel Muqri Bin Pengiran Kamarul Zaman, Awangku Muhammad Aqil Nufail Bin Pengiran Hasnul Bahrin dan Mukhriz Farihin Bin Matussin telah berjaya menggamit hati para juri serta penonton-penonton yang hadir pada malam tersebut dengan deklamasi sajak mereka yang bertajuk Takhta Singgahsana Di Bumi Darussalam, hasil nukilan Masjiah Binti Metussin dengan nada yang lantang dan penuh bersemangat. Walaupun hanya membuat latihan yang begitu singkat, namun kerja keras yang telah diberikan oleh guru pembimbing mereka yang terdiri daripada Yazid Bustomi, Nina Binti Abdul Ghani dan Muhammad Hurairah Bin Adi telah berjaya mendatangkan hasil yang agak memuaskan.