Seramai  lebih 160 orang pelajar  Sekolah Seri Mulia Sarjana, Bahagian Menengah telah membuat satu aktiviti lawatan sambil belajar ke Pameran Cinta dan Kenali Rasulullah S.A.W di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas secara berjadual selama 4 hari yang bermula dari 10 Januari 2018 hingga 14 Januari 2018. Lawatan sambil belajar ini telah diaturkan dan diungkayahkan oleh Jabatan Pengetahuan Ugama Islam. Objektif lawatan tersebut adalah memberikan peluang keemasan kepada pelajar-pelajar untuk melihat sendiri artifak Rasulullah S.A.W  dan artifak-artifak Islamik yang lain dan juga dapat bersama-sama meraikan rasa kecintaan dan mengenali Baginda Rasulullah  S.A.W secara lebih dekat dengan menghayati kehidupan dan akhlak mulia  Baginda Rasulullah S.A.W.